Sunday 29 July 2012

PROGRAM JOM DAFTAR & PEMUTIHAN TASKA DAN PUSAT

3 April 2012, Georgetown : Unit Perundangan Dan Advokasi JKMN Pulau Pinang telah menganjurkan Program Jom Daftar & Pemutihan Taska dan Pusat Jagaan yang diadakan di Bilik Anggerik, Kompleks Masyarakat Penyayang. Kempen ini telah dihadiri oleh seramai 100 orang pengusaha Taska dan Pusat Jagaan yang tidak berdaftar di seluruh negeri Pulau Pinang. Kempen ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang pendaftaran TASKA dan Pusat Jagaan kepada para pengusaha di samping meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab pengusaha TASKA dan Pusat Jagaan bagi melindungi kepentingan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak serta penghuni yang dijaga.
Para peserta mendaftar di kaunter pendaftaran urusetia
Sebahagian pengusaha Taska / Pusat Jagaan yang hadir pada program ini
Perasmian program


Monday 25 June 2012

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN KAR1SMA DAN 1 AZAM PARLIMEN TASEK GELUGOR

1 Jun 2012, Sungai Dua, Tasek Gelugor : Satu program penyerahan Bantuan KAR1SMA dan Bantuan 1 AZAM Parlimen Tasek Gelugor telah diadakan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Tan Sri Mohamed Nor Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri selaku ahli Parlimen Tasek Gelugor sekaligus  beliau telah sudi menyampaikan bantuan kerajaan Persekutuan tersebut kepada penerima bantuan yang terdiri daripada klien jabatan. Seramai 500 orang penerima bantuan bulanan dari PKMD Seberang Perai Utara yang terdiri dari pelbagai skim iaitu penerima Bantuan Orang Tua, Bantuan Kanak-Kanak dan bantuan bagi golongan OKU iaitu Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Bekerja dan Bantuan Pesakit Kronik / Terlantar telah menerima bantuan bulanan yang telah disampaikan di dalam majlis ini.

Aktiviti interaktif yang disediakan oleh Unit Kaunseling & Psikologi kepada pengunjung

Gerai PDK menyediakan jualan produk yang dihasilkan oleh golongan orang kurang upaya

Pemeriksaan kesihatan yang disediakan oleh LPPKN kepada pengunjung


Sunday 24 June 2012

TAKLIMAT DASAR WARGA EMAS NEGARA

23 Februari , Bayan Lepas : Unit Warga Tua & Keluarga JKMN Pulau Pinang telah menganjurkan Taklimat Dasar Warga Emas Negara yang telah diadakan di Dewan Balik Pulau, Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas. Taklimat yang diadakan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan penyebaran maklumat kepada semua anggota jabatan dan agensi yang terlibat dalam pelaksanaan dasar tersebut.

Para peserta mendaftar kehadiran di meja pendaftaran urusetia

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) En. Sharudin Bin Shar Kasim bersama
Pengarah JKMN Pulau Pinang En. Zulkifli Bin Ismail menyanyikan lagu Negaraku
semasa perasmian Taklimat Dasar Warga Emas Negara


Thursday 21 June 2012

MAJLIS JAMUAN TEH “SEPETANG BERSAMA PENYUMBANG” DAN PELANCARAN PASUKAN ‘REAL KIDZ’ BOLA SEPAK DAN TAEKWONDO RKKTB

24 MEI 2012, Kepala Batas : Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas (RKKTB)dengan kerjasama Lembaga Pelawat RKKTB telah menganjurkan Majlis Jamuan Teh "Sepetang Bersama Penyumbang" di samping Pelancaran Pasukan bola sepak RKKTB iaitu "Real Kidz" dan  Pasukan Taekwondo. Majlis yang diadakan itu bertujuan untuk meraikan serta menghargai jasa dan sumbangan para penyumbang yang terdiri daripada orang perseorangan serta badan korporat atas kesudian mereka menyumbangkan penajaan dari segi kewangan dan peralatan kepada para penghuni di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti. Sumbangan mereka ini telah banyak membantu para penghuni RKKTB untuk menjalankan aktiviti riadah kerana pihak institusi menghadapi kekangan dari segi kewangan untuk menyediakan kemudahan yang lengkap untuk sesi riadah para penghuni.


Ucapan aluan yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pelawat RKKTB
En. Mohd Shukor Bin Ahmad

Pasukan "Real Kidz" dan pasukan Taekwondo RKKTB


OPERASI MENYELAMAT PENGEMIS DAN KUTU RAYAU

19 April 2012, Georgetown : Satu operasi menyelamat pengemis dan kutu rayau telah dijalankan oleh PKMD Timur Laut bagi menyelamatkan orang papa dan kutu rayau yang mencemarkan imej Bandaraya Georgetown di mata pelancong kerana mereka sering tidur di kaki-kaki lima bangunan dan di tepi-tepi jalan.


Sesi taklimat berkaitan operasi kepada agensi-agensi yang terlibat

Antara kutu rayau yang ditahan semasa operasi


PROGRAM KAR1SMA KOMUNITI DAN PELANCARAN KEMPEN KHIDMAT BANTU DI RUMAH

TASEK GELUGOR, SEB. PERAI UTARA : Pada 28 April 2012, telah berlangsung Program KAR1SMA Komuniti dan Pelancaran Kempen Khidmat Bantu di  Rumah di mana program yang dijalankan ini bermula pada petang 27 Mei 2012 dan berakhir pada petang 28 Mei 2012 di mana ianya telah dirasmikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor. Program ini melibatkan KRT Taman Pokok Sena Indah dan Sukarelawan JKM di mana pelbagai aktiviti telah disusun atur dan antara aktiviti yang telah dijalankan ialah gotong-royong Kenduri Rakyat. Selain itu turut diadakan sukaneka komuniti yang melibatkan pelbagai lapisan umur seperti tarik upih,kukur kelapa,lari kepit belon,pertandingan gubahan dan mewarna.

KRT Taman Pokok Sena Indah bergotong-royong
bersama kakitangan Jabatan memasak juadah
untuk dihidangkan dalam Kenduri Rakyat

Penglibatan pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan bersama-sama
Komuniti setempat dalam menjayakan program yang dirancang

Wednesday 30 May 2012

Gambar Yang Dihasilkan Setelah Sehari Berkursus

Pada 28 Mei 2012 bertempat di Dewan MPPP Balik Pulau, telah diadakan Kursus Asas Fotografi siri 1/2012. Seramai 25 orang kakitangan JKMNPP telah dipilih untuk mengikuti kursus ini. Pelbagai pendedahan berkenaan asas fotografi telah dipelajari.

Pada sesi petang, peserta telah diminta untuk menghasilkan gambar sebagai persembahan di akhir kursus.

Di sini dipaparkan beberapa keping gambar yang dipilih oleh admin untuk tatapan pembaca.
cubaan untuk memegunkan gambar

perbincangan

dataran MPPP

cubaan mengapikasikan teori framing

candid. Tunggu giliran nak guna kamera

Panning - Keselamatan di jalanraya

Wednesday 2 May 2012

NAYATI SHAMELIN MOODLIAR HILANG DILARIKAN DEPAN MONT KIARA INTERNATIONAL SCHOOL

GEORGETOWN, 2 MEI 2012 : Perhatian kepada semua penduduk Malaysia

Biodata:
Nayati Shamelin Moodliar,12 tahun
Kes:
Hilang sejak 27 April 2012,diculik oleh lelaki yang menaiki kenderaan Gen 2 Hitam

Lokasi terakhir:
Depan Mont Kiara International School

Hubungi:
DSP Baharin Che Rose di talian 013-3196789
@ balai polis Travers di talian 03-22824222

Kepada pembaca yang mengetahui mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini, sila ambil tindakan segera

Monday 16 April 2012

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT

KERJA SEBAGAI SATU IBADAT
ALHAMDULILLAH...........

Rabu 18 Januari 2012
Dewan Titian Kasih


Rumah kanak -kanak Taman Bakti, Kepala Batas telah mengadakan satu majlis bacaan yasin dan solat hajat. Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk mendapat keberkatan bersempena Tahun Baru 2012, Seramai 60 peserta yang terdiri daripada kakitangan JKMNPP dan kanak-kanak telah menyertai majlis bacaan yasin dan solat hajat ini.
Majlis bacaan yasin telah diketuai oleh Ust Zulkifli bin Ismoin
                                  

MAJLIS RAMAH MESRA AHLI LEMBAGA PELAWAT SEKOLAH TUNAS BAKTI TELUK AIR TAWAR BERSAMA PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PULAU PINANG

BERTAM, KEPALA BATAS : 28 Mac 2012, Majlis Ramah Mesra Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar Bersama Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Bilik Impiana, Penang Golf Resort, Bertam

Mendaftar kehadiran ke majlis

Ahli-ahli Lembaga Pelawat yang hadir

Ucapan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang

TAKLIMAT AMALAN 5’S

PKMD TIMUR LAUT – Seramai 30 orang kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut telah dipilih untuk mengikuti kursus taklimat Amalan 5’S. Kursus ini telah diadakan pada 14 Mac 2012 bertempat di Auditorium F, Tingkat 5 KOMTAR, Pulau Pinang.
  


Peserta kursus sedang mendengar taklimat


SEMINAR DAN PELANCARAN PERKHIDMATAN JOB COACH UNTUK ORANG KURANG UPAYA

GEORGETOWN : 27 Februari 2012, Seminar Dan Pelancaran Perkhidmatan Job Coach Orang Kurang Upaya (OKU) yang dirasmikan oleh YB. Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat telah diadakan di Hotel Equatorial, Bukit Jambul, Pulau Pinang. 

Ucapan Perasmian oleh YB. Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ucapan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Pelancaran Perkhidmatan Job Coach Orang Kurang Upaya (OKU)
oleh YB. Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KAR1SMA

PKMD TIMUR LAUT – Satu majlis penyerahan bantuan kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diadakan pada 16 Februari 2012 bertempat di Bilik Cempaka, Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang.
 

Antara penerima bantuan sedang membuat pendaftaran

Majlis penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh Y.B. Senator Norliza Binti Abdul Rahim, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Pulau Pinang (MPWK). Majlis penyerahan bantuan ini turut di hadiri oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang serta Pengerusi MAYANG. 

YB Senator menyampaikan ucapan perasmian


PERHIMPUNAN ANGGOTA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PULAU PINANG BIL 1/2012


GEORGETOWN : 11 Januari  2012, Perhimpunan Anggota JKMN Pulau Pinang Bil 1/2012 diadakan bertempat di Kompleks Masyarakat Penyayang. Perhimpunan ini adalah sebagai salah satu wadah untuk mengeratkan silaturahim di antara kakitangan jabatan di samping mendengar amanat yang disampaikan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.
Pendaftaran anggota yang hadir pada Perhimpunan Anggota JKMNPP

Anggota sedang menyanyikan lagu Kebangsaan

Kumpulan Koir dari PKMD Timur Laut

MAJLIS KENDURI RAKYAT 1 MALAYSIA

BALIK PULAU : 18 Februari 2012, MAJLIS  KENDURI RAKYAT 1 MALAYSIA, telah diadakan dengan meriahnya bagi merapat hubungan antara pemimpin tertinggi dengan penduduk sekitar Balik Pulau. Majlis ini telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin dan beberapa pemimpin tempatan.
 Timbalan Perdana Menteri Malaysia sedang berucap dalam program Majlis Kenduri Rakyat 1Malaysia

KARISMA WANITA - KAMPUNG PERMATANG DAMAR LAUT

BALIK PULAU : 17 Mac 2012, Majlis KARISMA WANITA, telah diadakan secara sederhana bertempat di Kampung Permatang Damar Laut. Majlis ini telah dihadiri oleh Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Y.B. Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan pemimpin tempatan.

 Majlis ramah mesra bersama Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan penduduk setempat telah diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dengan golongan sasar Kementerian dan Jabatan terutamanya golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, Kanak-kanak, Penerima Bantuan dan Ibu Tunggal. Lebih kurang 1500 orang telah menghadiri majlis ini.


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang memberi ucapan