Monday 16 April 2012

TAKLIMAT AMALAN 5’S

PKMD TIMUR LAUT – Seramai 30 orang kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut telah dipilih untuk mengikuti kursus taklimat Amalan 5’S. Kursus ini telah diadakan pada 14 Mac 2012 bertempat di Auditorium F, Tingkat 5 KOMTAR, Pulau Pinang.
  


Peserta kursus sedang mendengar taklimat

Kursus ini diadakan untuk memberi pemahaman dan pengetahuan berkaitan dengan Amalan 5’S yang akan dilaksanakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut. Selain itu kursus ini turut diadakan perbincangan secara lebih mendalam kearah mencapai pensijilan Amalan 5’S yang akan dinilai oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).


Peserta kursus sedang mengadakan perbincangan secara berkumpulan

Pelaksanaan amalan 5’S ini akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan jabatan kepada golongan sasar.

No comments:

Post a Comment