Thursday 21 June 2012

PROGRAM KAR1SMA KOMUNITI DAN PELANCARAN KEMPEN KHIDMAT BANTU DI RUMAH

TASEK GELUGOR, SEB. PERAI UTARA : Pada 28 April 2012, telah berlangsung Program KAR1SMA Komuniti dan Pelancaran Kempen Khidmat Bantu di  Rumah di mana program yang dijalankan ini bermula pada petang 27 Mei 2012 dan berakhir pada petang 28 Mei 2012 di mana ianya telah dirasmikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor. Program ini melibatkan KRT Taman Pokok Sena Indah dan Sukarelawan JKM di mana pelbagai aktiviti telah disusun atur dan antara aktiviti yang telah dijalankan ialah gotong-royong Kenduri Rakyat. Selain itu turut diadakan sukaneka komuniti yang melibatkan pelbagai lapisan umur seperti tarik upih,kukur kelapa,lari kepit belon,pertandingan gubahan dan mewarna.

KRT Taman Pokok Sena Indah bergotong-royong
bersama kakitangan Jabatan memasak juadah
untuk dihidangkan dalam Kenduri Rakyat

Penglibatan pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan bersama-sama
Komuniti setempat dalam menjayakan program yang dirancang

Acara sukan pula melibatkan pertandingan futsal dan sepak raga bulat dan pertandingan bakat yang menampilkan peserta dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti menerusi acara nyanyian solo dan duet. Selain itu gerai pameran juga dibuka di mana melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Kesihatan yang menyediakan pemeriksaan kesihatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang mengadakan pameran mengenai dadah serta AUCMS yang mengadakan sesi fisioterapi kepada pengunjung yang hadir dan perkhidmatan kaunseling oleh kakitangan Unit Kaunseling jabatan. Dalam program berkenaan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop turut berkenan menyampaikan bantuan 1 AZAM kepada penerima yang terdiri daripada klien jabatan serta penyampaian Anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang kawasan Tasek Gelugor. Sempena program ini juga dilancarkan pelancaran Home Help Service (Khidmat Bantu Di Rumah) oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Program KAR1SMA Komuniti dan Pelancaran Home Help Service yang diadakan ini telah dihadiri oleh seramai 2000 orang penduduk setempat di mana program yang dijalankan ini bertujuan untuk menyebarluas perkhidmatan jabatan melalui pendampingan dan penyertaan bersama komuniti serta meningkatkan tanggungjawab komuniti untuk bersama-sama memacu komuniti ke arah kesejahteraan sosial.

Pertandingan Futsal yang mendapat sambutan hangat para peserta


Sukaneka yang melibatkan kanak-kanak



Aktiviti Interaktif untuk kanak-kanak
                                                                   Pertandingan Mewarna
Pameran oleh agensi kerajaan

Gerai PDK yang menyediakan jualan produk yang dihasilkan
oleh para pelatih PDK untuk dijual kepada para pengunjung
Pertandingan Bakat bagi mencungkil bakat pelatih PDK
Perasmian bagi perlawanan akhir pertandingan futsal oleh YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Gimik Perasmian Kempen Home Help
Penyampaian Bantuan 1 AZAM kepada klien jabatan

No comments:

Post a Comment