Sunday 24 June 2012

TAKLIMAT DASAR WARGA EMAS NEGARA

23 Februari , Bayan Lepas : Unit Warga Tua & Keluarga JKMN Pulau Pinang telah menganjurkan Taklimat Dasar Warga Emas Negara yang telah diadakan di Dewan Balik Pulau, Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas. Taklimat yang diadakan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan penyebaran maklumat kepada semua anggota jabatan dan agensi yang terlibat dalam pelaksanaan dasar tersebut.

Para peserta mendaftar kehadiran di meja pendaftaran urusetia

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) En. Sharudin Bin Shar Kasim bersama
Pengarah JKMN Pulau Pinang En. Zulkifli Bin Ismail menyanyikan lagu Negaraku
semasa perasmian Taklimat Dasar Warga Emas Negara



Program ini melibatkan semua agensi kerajaan yang berkaitan di bawah Pelan Tindakan Warga Emas Negara dan antara agensi kerajaan yang hadir ialah Pejabat Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kewangan Negeri, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri, PDRM, Jabatan Penerangan Negeri dan lain-lain. Selain itu ianya juga melibatkan Pertubuhan Sukarela Kebajikan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta  di negeri Pulau Pinang . Seramai 150 orang peserta telah terlibat dalam majlis yang diadakan ini. Dalam majlis tersebut, telah diadakan taklimat berkaitan Dasar Warga Emas yang telah disampaikan oleh Puan Noraziah Binti Chemok Ali dari Bahagian Warga Tua & Keluarga Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Pembentangan Laporan berkaitan Dasar tersebut oleh Encik Sharudin Bin Shar Kasim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) sekaligus beliau telah merasmikan Taklimat Dasar Warga Emas yang diadakan ini.
 
Bacaan Doa oleh En. Mohamad Zulkifli Bin Ismoin bagi memberkati majlis

Para peserta mengaminkan doa yang dibaca

Ucapan Perasmian oleh En. Sharudin Bin Shar Kasim,
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)

Para peserta tekun mendengar taklimat berkaitan Dasar Warga Emas

Pembentangan Laporan Dasar Warga Emas oleh En. Sharudin Bin Shar Kasim

Puan Noraziah Binti Chemok Ali menyampaikan
 taklimat Dasar Warga Emas kepada para peserta taklimat

Sesi soal jawab oleh para peserta

Sesi menjawab soalan yang dikemukan oleh para peserta taklimat

Antara peserta yang mengemukakan soalan




No comments:

Post a Comment