GEORGETOWN : 27 Februari 2012, Seminar Dan Pelancaran Perkhidmatan Job Coach Orang Kurang Upaya (OKU) yang dirasmikan oleh YB. Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat telah diadakan di Hotel Equatorial, Bukit Jambul, Pulau Pinang.
|
Ucapan Perasmian oleh YB. Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil |
|
Ucapan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia |
|
Pelancaran Perkhidmatan Job Coach Orang Kurang Upaya (OKU)
oleh YB. Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil |
|
Majikan yang menerima penghargaan kerana penglibatan
di dalam program Perkhidmatan Job Coach |
|
Antara tetamu kenamaan yang hadir dalam seminar |
Seminar Dan Pelancaran Perkhidmatan Job Coach Orang Kurang Upaya (OKU) yang diadakan ini adalah kerjasama di antara Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Seramai 250 orang peserta yang terdiri daripada majikan- majikan dari seluruh negeri Pulau Pinang, wakil-wakil jabatan kerajaan, institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, serta wakil-wakil NGO telah menghadiri Seminar Dan Pelancaran Perkhidmatan Job Coach Orang Kurang Upaya ini.
|
Pendaftaran peserta |
|
Golongan sasar jabatan iaitu Orang Kurang Upaya |
|
Para peserta yang hadir |
|
Peserta tekun mendengar taklimat yang disampaikan |
Seminar Dan Pelancaran Perkhidmatan Job Coach Orang Kurang Upaya yang diadakan ini adalah bertujuan untuk ;
(i) Melancar dan
memperkenalkan “Job Coach Subsidy” yang akan diperuntukkan kepada Job Coach yang diiktiraf
dan memberi perkhidmatan kepada OKU;
(ii). Memberi
pendedahan dan meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya bakal majikan
berkenaan pendekatan “supported
employment” untuk OKU;
(iii). Memberi
pengetahuan berkenaan pendekatan “supported
employment” dan “job coaching ”
melalui berkongsian
pengalaman dengan pakar dalam bidang berkenaan; dan
(iv). Memperkukuhkan
kerjasama antara agensi dan sektor swasta dalam pelaksanaan “supported
employment”
(v). Merealisasikan Akta Orang
Kurang Upaya 2008 (Akta 685) di bawah Seksyen 29 ”Akses
kepada pekerjaan”
digunapakai dalam menggalakkan pekerjaan yang stabil bagi OKU.
|
Ucapan dari wakil JICA- Dr. Kenji Kuno |
|
Penerangan berkaitan Perkhidmatan Job Coach |
|
Wakil dari NGO |
|
Demonstrasi Job Coach oleh peserta seminar |
|
Peserta mengemukakan pertanyaan
semasa sesi soal jawab |
No comments:
Post a Comment