Thursday 21 June 2012

MAJLIS JAMUAN TEH “SEPETANG BERSAMA PENYUMBANG” DAN PELANCARAN PASUKAN ‘REAL KIDZ’ BOLA SEPAK DAN TAEKWONDO RKKTB

24 MEI 2012, Kepala Batas : Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas (RKKTB)dengan kerjasama Lembaga Pelawat RKKTB telah menganjurkan Majlis Jamuan Teh "Sepetang Bersama Penyumbang" di samping Pelancaran Pasukan bola sepak RKKTB iaitu "Real Kidz" dan  Pasukan Taekwondo. Majlis yang diadakan itu bertujuan untuk meraikan serta menghargai jasa dan sumbangan para penyumbang yang terdiri daripada orang perseorangan serta badan korporat atas kesudian mereka menyumbangkan penajaan dari segi kewangan dan peralatan kepada para penghuni di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti. Sumbangan mereka ini telah banyak membantu para penghuni RKKTB untuk menjalankan aktiviti riadah kerana pihak institusi menghadapi kekangan dari segi kewangan untuk menyediakan kemudahan yang lengkap untuk sesi riadah para penghuni.


Ucapan aluan yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pelawat RKKTB
En. Mohd Shukor Bin Ahmad

Pasukan "Real Kidz" dan pasukan Taekwondo RKKTB



Penubuhan pasukan bola sepak "Real Kidz" dan pasukan Taekwondo ini bertujuan untuk mendedahkan para penghuni dengan dunia luar di samping menggalakkan cara hidup sihat kepada para penghuni RKKTB iaitu melalui bersukan. Dengan tertubuhnya pasukan "Real Kidz" dan Pasukan Taekwondo RKKTB ini, di harap agar  ianya dapat melahirkan ramai bintang sukan yang bakal mewakili negeri dan negara sekaligus mengangkat nama RKKTB di mata masyarakat.
Antara tetamu VIP yang hadir dalam majlis berkenaan

Para pemain bagi pasukan "Real Kidz" RKKTB

Tuan Pengarah JKMNPP dalam sesi ramah mesra dengan para pemain
pasukan bola sepak  "Real Kidz" RKKTB

Ahli-ahli pasukan Taekwondo RKKTB

Tuan Pengarah menandatangani cenderahati untuk pasukan Taekwondo RKKTB

Yang Berusaha Pengarah JKMNPP En. Zulkifli Bin Ismail membuat sepakan
ke arah pintu gol sebagai simbolik perasmian pasukan "Real Kidz"

Acara demonstrasi latihan yang dilakukan oleh ahli Taekwondo RKKTB

Antara penyumbang yang terdiri dari perseorangan dan
 badan korporat yang hadir bagi menjayakan majlis ini

Pasukan Taekwondo RKKTB

Para pemain pasukan "Real Kidz" RKKTB melakukan regangan sebelum bermain

No comments:

Post a Comment