BALIK PULAU : 18 Februari 2012, MAJLIS KENDURI RAKYAT 1 MALAYSIA, telah diadakan dengan meriahnya bagi merapat hubungan antara pemimpin tertinggi dengan penduduk sekitar Balik Pulau. Majlis ini telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin dan beberapa pemimpin tempatan.
Pada Majlis Kenduri Rakyat 1 Malaysia ini Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang telah menerima replika cek bernilai RM63,268,400.00 untuk diagihkan sebagai bantuan kewangan kepada golongan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri Pulau Pinang.
Para hadirin berasa bangga kerana Timbalan Perdana Menteri sanggup meluangkan masa untuk melawat daerah Balik Pulau dan memperuntukan sejumlah wang untuk diagihkan kepada rakyat yang memerlukan di negeri Pulau Pinang.
Serahan Replika Cek peruntukan bantuan kepada klien JKMNPP sepanjang tahun 2012 |
Pengarah Kebajikan Negeri bersama penduduk setempat mendengar ucapan Timbalan Perdana Menteri |
No comments:
Post a Comment