Monday 16 April 2012

PERHIMPUNAN ANGGOTA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PULAU PINANG BIL 1/2012


GEORGETOWN : 11 Januari  2012, Perhimpunan Anggota JKMN Pulau Pinang Bil 1/2012 diadakan bertempat di Kompleks Masyarakat Penyayang. Perhimpunan ini adalah sebagai salah satu wadah untuk mengeratkan silaturahim di antara kakitangan jabatan di samping mendengar amanat yang disampaikan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.
Pendaftaran anggota yang hadir pada Perhimpunan Anggota JKMNPP

Anggota sedang menyanyikan lagu Kebangsaan

Kumpulan Koir dari PKMD Timur Laut

Sesi lafaz ikrar oleh anggota

Memohon keberkatan dari yang Maha Esa 

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri P. Pinang menyampaikan amanat kepada kakitangan

Dalam Perhimpunan Anggota JKMN Pulau Pinang Bil 1/2012  ini juga telah diadakan satu majlis penyampaian sijil penghargaan kepada pasukan "SePeTen" dari PKMD Seberang Perai Tengah di atas kejayaan mereka muncul sebagai Johan Kategori Inovasi dalam Konvensyen Inovasi & Kreatif sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan Kebajikan Masyarakat 2011 yang telah diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Di samping itu juga, pasukan "SePeTen" juga telah berjaya merangkul Johan bagi kategori Inovasi  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat sekaligus mengharumkan nama JKMN Pulau Pinang.


Lawatan Ketua Pengarah MAMPU ke booth pameran
PKMD SPT semasa sambutan Hari Inovasi
Jabatan Kebajikan Masyarakat 2011 di Terengganu

Projek Inovasi yang diberi nama "Tomeker"
 telah dinobatkan sebagai Johan

Ketua Pengarah MAMPU menyampaikan hadiah
kepada Ketua Pasukan "SePeTen" 

Penghargaan oleh Pengarah JKMNPP kepada ahli "SePeTen"


Antara ahli "SePeTen" yang terlibat dalam pertandingan



Salah seorang ahli kumpulan "SePeTen"



No comments:

Post a Comment