Monday, 25 June 2012

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN KAR1SMA DAN 1 AZAM PARLIMEN TASEK GELUGOR

1 Jun 2012, Sungai Dua, Tasek Gelugor : Satu program penyerahan Bantuan KAR1SMA dan Bantuan 1 AZAM Parlimen Tasek Gelugor telah diadakan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Tan Sri Mohamed Nor Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri selaku ahli Parlimen Tasek Gelugor sekaligus  beliau telah sudi menyampaikan bantuan kerajaan Persekutuan tersebut kepada penerima bantuan yang terdiri daripada klien jabatan. Seramai 500 orang penerima bantuan bulanan dari PKMD Seberang Perai Utara yang terdiri dari pelbagai skim iaitu penerima Bantuan Orang Tua, Bantuan Kanak-Kanak dan bantuan bagi golongan OKU iaitu Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Bekerja dan Bantuan Pesakit Kronik / Terlantar telah menerima bantuan bulanan yang telah disampaikan di dalam majlis ini.

Aktiviti interaktif yang disediakan oleh Unit Kaunseling & Psikologi kepada pengunjung

Gerai PDK menyediakan jualan produk yang dihasilkan oleh golongan orang kurang upaya

Pemeriksaan kesihatan yang disediakan oleh LPPKN kepada pengunjung



Untuk penerima Bantuan 1 AZAM pula, para penerima terdiri daripada golongan ibu tunggal, golongan berpendapatan rendah serta Orang Kurang Upaya telah menerima peralatan perniagaan seperti peralatan menggunting rambut, mesin jahitan, kiosk gerai burger di mana peralatan yang diterima ini membolehkan mereka menjalankan perniagaan bagi menyara hidup mereka menerusi sumbangan peralatan yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Selain itu, program yang diadakan ini juga melibatkan penyertaan dari agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang, Lembaga Pembangunan dan Perancangan Keluarga Negara serta Allianze University College Of Medical Sciences (AUCMS) di mana pelbagai aktiviti telah disusun atur dan dijalankan seperti pemeriksaan kesihatan serta demonstrasi masakan dan gerai jualan produk  PDK yang dihasilkan oleh pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang terdiri dari kalangan orang kurang upaya. Di samping itu, Unit Kaunseling Dan Psikologi JKMN Pulau Pinang turut menyediakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengunjung iaitu aktiviti interaktif kepada kanak-kanak seperti permainan yang menguji minda serta cara mengatasi stres. Program yang diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk sekitar kawasan Sungai Dua di mana seramai 2000 orang telah hadir memeriahkan program yang diadakan ini.

Para penerima bantuan yang terdiri daripada klien jabatan mendaftar untuk menerima
bantuan persekutuan yang telah disampaikan oleh YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Antara penerima bantuan yang terdiri daripada golongan OKU

Para penerima bantuan dan pengunjung menyanyikan lagu 1 Malaysia

Antara tetamu kenamaan yang hadir dalam majlis tersebut

YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyampaikan ucapan kepada hadirin yang hadir

Penerima bantuan bulanan JKM menerima bantuan bulanan 

Penerima Bantuan bagi program 1 AZAM

YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyampaikan
Bantuan KAR1SMA  kepada penerima bantuan jabatan

Penerima bantuan Skim Bantuan Orang Tua menerima sumbangan kerajaan
Persekutuan  yang disampaikan oleh YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Sebahagian penerima Bantuan KAR1SMA dan penerima Program 1 AZAM
bergambar di atas pentas bersama tetamu kenamaan yang hadir








No comments:

Post a comment