Monday 16 April 2012

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KAR1SMA

PKMD TIMUR LAUT – Satu majlis penyerahan bantuan kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diadakan pada 16 Februari 2012 bertempat di Bilik Cempaka, Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang.
 

Antara penerima bantuan sedang membuat pendaftaran

Majlis penyerahan bantuan ini telah disempurnakan oleh Y.B. Senator Norliza Binti Abdul Rahim, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Pulau Pinang (MPWK). Majlis penyerahan bantuan ini turut di hadiri oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang serta Pengerusi MAYANG. 

YB Senator menyampaikan ucapan perasmian

 
Sempena majlis ini, Y.B. Senator Norliza Binti Abdul Rahim menyampaikan Bantuan Orang Tua dan Elaun Pekerja Cacat kepada para penerima bantuan. Seramai 60 orang telah dipilih dan dijemput untuk menerima bantuan kewangan pada kali ini.

  
Sebahagian penerima bantuan yang hadir

YB Senator Norliza Binti Abdul Rahim sedang menyampaikan bantuan kepada OKU
 
YB Senator Norliza Binti Abdul Rahim sedang menyampaikan bantuan kepada Warga Emas


No comments:

Post a Comment