1 Jun 2012, Sungai Dua, Tasek Gelugor : Satu program penyerahan Bantuan KAR1SMA dan Bantuan 1 AZAM Parlimen Tasek Gelugor telah diadakan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Tan Sri Mohamed Nor Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri selaku ahli Parlimen Tasek Gelugor sekaligus beliau telah sudi menyampaikan bantuan kerajaan Persekutuan tersebut kepada penerima bantuan yang terdiri daripada klien jabatan. Seramai 500 orang penerima bantuan bulanan dari PKMD Seberang Perai Utara yang terdiri dari pelbagai skim iaitu penerima Bantuan Orang Tua, Bantuan Kanak-Kanak dan bantuan bagi golongan OKU iaitu Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Bekerja dan Bantuan Pesakit Kronik / Terlantar telah menerima bantuan bulanan yang telah disampaikan di dalam majlis ini.
 |
Aktiviti interaktif yang disediakan oleh Unit Kaunseling & Psikologi kepada pengunjung |
 |
Gerai PDK menyediakan jualan produk yang dihasilkan oleh golongan orang kurang upaya |
 |
Pemeriksaan kesihatan yang disediakan oleh LPPKN kepada pengunjung |
Untuk penerima Bantuan 1 AZAM pula, para penerima terdiri daripada golongan ibu tunggal, golongan berpendapatan rendah serta Orang Kurang Upaya telah menerima peralatan perniagaan seperti peralatan menggunting rambut, mesin jahitan, kiosk gerai burger di mana peralatan yang diterima ini membolehkan mereka menjalankan perniagaan bagi menyara hidup mereka menerusi sumbangan peralatan yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Selain itu, program yang diadakan ini juga melibatkan penyertaan dari agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang, Lembaga Pembangunan dan Perancangan Keluarga Negara serta Allianze University College Of Medical Sciences (AUCMS) di mana pelbagai aktiviti telah disusun atur dan dijalankan seperti pemeriksaan kesihatan serta demonstrasi masakan dan gerai jualan produk PDK yang dihasilkan oleh pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang terdiri dari kalangan orang kurang upaya. Di samping itu, Unit Kaunseling Dan Psikologi JKMN Pulau Pinang turut menyediakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengunjung iaitu aktiviti interaktif kepada kanak-kanak seperti permainan yang menguji minda serta cara mengatasi stres. Program yang diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk sekitar kawasan Sungai Dua di mana seramai 2000 orang telah hadir memeriahkan program yang diadakan ini.
 |
Para penerima bantuan yang terdiri daripada klien jabatan mendaftar untuk menerima
bantuan persekutuan yang telah disampaikan oleh YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop |
 |
Antara penerima bantuan yang terdiri daripada golongan OKU |
 |
Para penerima bantuan dan pengunjung menyanyikan lagu 1 Malaysia |
 |
Antara tetamu kenamaan yang hadir dalam majlis tersebut |
 |
YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyampaikan ucapan kepada hadirin yang hadir |
 |
Penerima bantuan bulanan JKM menerima bantuan bulanan |
 |
Penerima Bantuan bagi program 1 AZAM |
 |
YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyampaikan
Bantuan KAR1SMA kepada penerima bantuan jabatan |
 |
Penerima bantuan Skim Bantuan Orang Tua menerima sumbangan kerajaan
Persekutuan yang disampaikan oleh YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop |
 |
Sebahagian penerima Bantuan KAR1SMA dan penerima Program 1 AZAM
bergambar di atas pentas bersama tetamu kenamaan yang hadir |
No comments:
Post a Comment