Sunday 29 July 2012

PROGRAM JOM DAFTAR & PEMUTIHAN TASKA DAN PUSAT

3 April 2012, Georgetown : Unit Perundangan Dan Advokasi JKMN Pulau Pinang telah menganjurkan Program Jom Daftar & Pemutihan Taska dan Pusat Jagaan yang diadakan di Bilik Anggerik, Kompleks Masyarakat Penyayang. Kempen ini telah dihadiri oleh seramai 100 orang pengusaha Taska dan Pusat Jagaan yang tidak berdaftar di seluruh negeri Pulau Pinang. Kempen ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang pendaftaran TASKA dan Pusat Jagaan kepada para pengusaha di samping meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab pengusaha TASKA dan Pusat Jagaan bagi melindungi kepentingan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak serta penghuni yang dijaga.
Para peserta mendaftar di kaunter pendaftaran urusetia
Sebahagian pengusaha Taska / Pusat Jagaan yang hadir pada program ini
Perasmian program



Di samping itu, kempen ini juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti penjagaan dan perlindungan di TASKA dan Pusat Jagaan. Sepanjang program in berlangsung, telah diadakan taklimat dan perbincangan di antara agensi teknikal iaitu Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan dan JKM sendiri di mana ianya memberi manfaat kepada pengusaha kerana mereka dapat mengetahui proses sebenar untuk membuat pendaftaran Taska atau Pusat Jagaan masing-masing supaya beroperasi dengan sah dan selamat. Di samping itu, para pengusaha juga telah diberi pendedahan dengan dibawa melawat ke Taska dan Pusat Jagaan yang berdaftar yang telah memenuhi spesifikasi piawaian bagi bagi memudahkan mereka membuat persediaan dan membuat permohonan kepada agensi-agensi teknikal yang terbabit

Perbincangan di antara agensi-agensi yang terlibat untuk
membuat pemeriksaan ke Taska / Pusat Jagaan yang dipilih
Pemeriksaan yang dibuat ke salah satu Taska yang dipilih
Membuat tinjauan berkaitan kesesuaian Taska









No comments:

Post a Comment