19 April 2012, Georgetown : Satu operasi menyelamat pengemis dan kutu rayau telah dijalankan oleh PKMD Timur Laut bagi menyelamatkan orang papa dan kutu rayau yang mencemarkan imej Bandaraya Georgetown di mata pelancong kerana mereka sering tidur di kaki-kaki lima bangunan dan di tepi-tepi jalan.
Sesi taklimat berkaitan operasi kepada agensi-agensi yang terlibat
![]() |
Antara kutu rayau yang ditahan semasa operasi |
Operasi yang dijalankan ini melibatkan kerjasama dari
agensi-agensi yang berkaitan seperti AADK, JAIPP,PDRM, MPPP, RELA, IMIGRESEN,
JPN dan Sukarelawan USM. Operasi tersebut bermula dengan taklimat yang disampaikan
oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut kepada kakitangan
agensi-agensi yang turut serta dalam operasi di Kompleks Masyarakat Penyayang
dan mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Selepas sesi taklimat berakhir, mereka mula bergerak mengikut kumpulan masing-masing ke
lokasi-lokasi yang telah ditetapkan bagi operasi berkenaan iaitu kawasan sekitar jeti, Lebuh Chulia, Padang Kota, Jalan Penang
dan kawasan stesen bas berhampiran KOMTAR .
Operasi yang bermula pada pukul
12.00 malam dan berakhir pada pukul 4.00 pagi tersebut telah berjaya
menyelamatkan seramai hampir 70 orang kutu rayau dan orang papa. Mereka yang
telah diselamatkan ini telah diambil tindakan oleh jabatan untuk diserahkan
kepada keluarga jika mempunyai ahli keluarga dan ada yang diberi amaran agar
tidak kembali menghuni di kaki-kaki lima bangunan. Bagi yang tidak mempunyai
keluarga dan kediaman, tindakan telah diambil dengan mendapatkan perintah dari
majistret untuk mereka ditempatkan di insititusi yang sesuai di bawah kelolaan
jabatan. AADK turut menjalankan ujian air kencing bagi mengesan penyalahgunaan
dadah kepada mereka yang diselamatkan.
operasi di kawasan sekitar jeti |
Operasi yang dijalankan berjaya menyelamatkan sebuah keluarga yang tinggal di kaki lima bangunan |
Kutu Rayau yang diselamatkan dibawa ke pejabat untuk sesi saringan |
Kerjasama antara agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan operasi |
Tempat tinggal kutu rayau yang diselamatkan oleh JKM |
Mereka yang diselamatkan dibawa ke PKMD Timur Laut untuk sesi saringan |
Sesi saringan yang dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan keluarga dan tempat tinggal |
Sesi saringan air kencing oleh AADK ke atas golongan kutu rayau yang diselamatkan bagi mengesan penyalahgunaan dadah |
No comments:
Post a Comment