Sunday, 29 July 2012

PROGRAM JOM DAFTAR & PEMUTIHAN TASKA DAN PUSAT

3 April 2012, Georgetown : Unit Perundangan Dan Advokasi JKMN Pulau Pinang telah menganjurkan Program Jom Daftar & Pemutihan Taska dan Pusat Jagaan yang diadakan di Bilik Anggerik, Kompleks Masyarakat Penyayang. Kempen ini telah dihadiri oleh seramai 100 orang pengusaha Taska dan Pusat Jagaan yang tidak berdaftar di seluruh negeri Pulau Pinang. Kempen ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang pendaftaran TASKA dan Pusat Jagaan kepada para pengusaha di samping meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab pengusaha TASKA dan Pusat Jagaan bagi melindungi kepentingan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak serta penghuni yang dijaga.
Para peserta mendaftar di kaunter pendaftaran urusetia
Sebahagian pengusaha Taska / Pusat Jagaan yang hadir pada program ini
Perasmian program


Monday, 25 June 2012

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN KAR1SMA DAN 1 AZAM PARLIMEN TASEK GELUGOR

1 Jun 2012, Sungai Dua, Tasek Gelugor : Satu program penyerahan Bantuan KAR1SMA dan Bantuan 1 AZAM Parlimen Tasek Gelugor telah diadakan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Tan Sri Mohamed Nor Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri selaku ahli Parlimen Tasek Gelugor sekaligus  beliau telah sudi menyampaikan bantuan kerajaan Persekutuan tersebut kepada penerima bantuan yang terdiri daripada klien jabatan. Seramai 500 orang penerima bantuan bulanan dari PKMD Seberang Perai Utara yang terdiri dari pelbagai skim iaitu penerima Bantuan Orang Tua, Bantuan Kanak-Kanak dan bantuan bagi golongan OKU iaitu Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Bekerja dan Bantuan Pesakit Kronik / Terlantar telah menerima bantuan bulanan yang telah disampaikan di dalam majlis ini.

Aktiviti interaktif yang disediakan oleh Unit Kaunseling & Psikologi kepada pengunjung

Gerai PDK menyediakan jualan produk yang dihasilkan oleh golongan orang kurang upaya

Pemeriksaan kesihatan yang disediakan oleh LPPKN kepada pengunjung


Sunday, 24 June 2012

TAKLIMAT DASAR WARGA EMAS NEGARA

23 Februari , Bayan Lepas : Unit Warga Tua & Keluarga JKMN Pulau Pinang telah menganjurkan Taklimat Dasar Warga Emas Negara yang telah diadakan di Dewan Balik Pulau, Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas. Taklimat yang diadakan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan penyebaran maklumat kepada semua anggota jabatan dan agensi yang terlibat dalam pelaksanaan dasar tersebut.

Para peserta mendaftar kehadiran di meja pendaftaran urusetia

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) En. Sharudin Bin Shar Kasim bersama
Pengarah JKMN Pulau Pinang En. Zulkifli Bin Ismail menyanyikan lagu Negaraku
semasa perasmian Taklimat Dasar Warga Emas Negara


Thursday, 21 June 2012

MAJLIS JAMUAN TEH “SEPETANG BERSAMA PENYUMBANG” DAN PELANCARAN PASUKAN ‘REAL KIDZ’ BOLA SEPAK DAN TAEKWONDO RKKTB

24 MEI 2012, Kepala Batas : Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas (RKKTB)dengan kerjasama Lembaga Pelawat RKKTB telah menganjurkan Majlis Jamuan Teh "Sepetang Bersama Penyumbang" di samping Pelancaran Pasukan bola sepak RKKTB iaitu "Real Kidz" dan  Pasukan Taekwondo. Majlis yang diadakan itu bertujuan untuk meraikan serta menghargai jasa dan sumbangan para penyumbang yang terdiri daripada orang perseorangan serta badan korporat atas kesudian mereka menyumbangkan penajaan dari segi kewangan dan peralatan kepada para penghuni di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti. Sumbangan mereka ini telah banyak membantu para penghuni RKKTB untuk menjalankan aktiviti riadah kerana pihak institusi menghadapi kekangan dari segi kewangan untuk menyediakan kemudahan yang lengkap untuk sesi riadah para penghuni.


Ucapan aluan yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pelawat RKKTB
En. Mohd Shukor Bin Ahmad

Pasukan "Real Kidz" dan pasukan Taekwondo RKKTB


OPERASI MENYELAMAT PENGEMIS DAN KUTU RAYAU

19 April 2012, Georgetown : Satu operasi menyelamat pengemis dan kutu rayau telah dijalankan oleh PKMD Timur Laut bagi menyelamatkan orang papa dan kutu rayau yang mencemarkan imej Bandaraya Georgetown di mata pelancong kerana mereka sering tidur di kaki-kaki lima bangunan dan di tepi-tepi jalan.


Sesi taklimat berkaitan operasi kepada agensi-agensi yang terlibat

Antara kutu rayau yang ditahan semasa operasi


PROGRAM KAR1SMA KOMUNITI DAN PELANCARAN KEMPEN KHIDMAT BANTU DI RUMAH

TASEK GELUGOR, SEB. PERAI UTARA : Pada 28 April 2012, telah berlangsung Program KAR1SMA Komuniti dan Pelancaran Kempen Khidmat Bantu di  Rumah di mana program yang dijalankan ini bermula pada petang 27 Mei 2012 dan berakhir pada petang 28 Mei 2012 di mana ianya telah dirasmikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor. Program ini melibatkan KRT Taman Pokok Sena Indah dan Sukarelawan JKM di mana pelbagai aktiviti telah disusun atur dan antara aktiviti yang telah dijalankan ialah gotong-royong Kenduri Rakyat. Selain itu turut diadakan sukaneka komuniti yang melibatkan pelbagai lapisan umur seperti tarik upih,kukur kelapa,lari kepit belon,pertandingan gubahan dan mewarna.

KRT Taman Pokok Sena Indah bergotong-royong
bersama kakitangan Jabatan memasak juadah
untuk dihidangkan dalam Kenduri Rakyat

Penglibatan pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan bersama-sama
Komuniti setempat dalam menjayakan program yang dirancang

Wednesday, 30 May 2012

Gambar Yang Dihasilkan Setelah Sehari Berkursus

Pada 28 Mei 2012 bertempat di Dewan MPPP Balik Pulau, telah diadakan Kursus Asas Fotografi siri 1/2012. Seramai 25 orang kakitangan JKMNPP telah dipilih untuk mengikuti kursus ini. Pelbagai pendedahan berkenaan asas fotografi telah dipelajari.

Pada sesi petang, peserta telah diminta untuk menghasilkan gambar sebagai persembahan di akhir kursus.

Di sini dipaparkan beberapa keping gambar yang dipilih oleh admin untuk tatapan pembaca.
cubaan untuk memegunkan gambar

perbincangan

dataran MPPP

cubaan mengapikasikan teori framing

candid. Tunggu giliran nak guna kamera

Panning - Keselamatan di jalanraya